Jumaat

on Thursday, December 22, 2011


Jumaat - Penghulu Hari

Jumaat datang lagi
Setelah seminggu menyepi

Jumaat, kaulah penghulu segala hari
Kehebatanmu dirai
Saban minggu tanpa kecuali

Jumaat
Hari ini kami berhimpun
Memuji Allah penciptamu
Dengan ibadah solat dan khutbah yang meresap jiwa
Kami bersyukur akan kehadiranmu

Jumaat
Moga hari ini kami beroleh kejayaan
Moga hari ini kami beroleh keredhaan
Dari Allah penciptamu dan segala yang ada

Moga jumaat ini penuh bermanfaat
Dan Jumaat... moga akan ada lagi hari Jumaat

Left all bad things behind and leave as superb MUSLIM

on Wednesday, December 21, 2011


This was really a good tazkirah.. Presented in simple and yet thought us a lot more than few ustaz.

Hafalan Shalat Delisa versus Ombak Rindu

on Monday, December 12, 2011



“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).” 

“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).”  

“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)”

“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana. (Surah al-Fath 48:4)”

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”

“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”  (Ibnu Atoillah)

"Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,’ kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (Sabda Rasul S.A.W Hadis riwayat Muslim)

petikan diatas diambil dari laman sesawang http://genta-rasa.com/2011/11/07/rehatkan-hati/

Popular Posts