Cara mudah menjadi Jutawan tanpa perlu keluarkan satu sen pun.

on Tuesday, November 12, 2013
Bagaimana menjadi kaya dengan cara yang cukup mudah dan bergelar jutawan :).
Langkah-langkah menjadi kaya
  1. Belajar menyebut huruf di dalam Al-Quran dengan cara yang betul
  2. Sentiasa menyebut perkataan (gabungan huruf) didalam Al-Quran
Itu sahaja. Mudah dan cepat serta tidak perlu pada skim cepat kaya atau MLM :).
Malah, boleh dilakukan tanpa was-was dari segi halal dan haram. Kompem 100% halal lagi suci bersih.


Betul ke?


Baik... jom kita belajar matematik sekejap.





Kita ambil contoh ucapan Basmallah.

Satu ungkapan lengkap Basmallah mempunyai 19 huruf.

Hadith Rasul S.A.W mengatakan bahawa sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan dengan 10 kali.

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaih wa sallam pernah bersabda,

” من قرأ حرفًا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها, لا أقول الم حرف, ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف “

“Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh kalinya. Aku tidak mengatakan bahwa Alif Lam Mim adalah satu huruf. Akan tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.”
(HR At Tirmidzi, ia berkata: Hasan Sahih)

Maka, diumpamakan 10 kali ialah RM1. Maka, sekali sebutan basmallah, kita sudah ada RM 190 (19 huruf X 10).

Diandaikan kita seorang ISLAM yang biasa dan hanya melakukan solat fardhu sahaja sehari (tiada solat sunat mahupun ibadah qiamullail). Maka, dalam sehari kita akan mebaca sebanyak 17 kali Basmallah. Oleh itu, secara matematiknya, pada hari itu, kita telah mempunyai RM3230 (terkumpul sebagai amalan untuk dibawa keakhirat nanti).

Dan andai kata, kita mula membaca dari umur 30 tahun dan mati pada umur 60 tahun, maka secara ilmu hisabnya, nilai harta yang telah kita kumpul dengan hanya kalimah Basmallah yang dibaca 17 kali setiap hari ialah RM34,884,000.

Andaikan pula kita berjaya bangun pada satu malam paling istimewa yakni malam lailatul-qadar dan berjaya mendapat keistimewaan itu dan hanya mampu baca Basmallah. Itu sudah meningkatkan saham kita sebanyak RM 96,900,000 (ganjaran satu malam lailatul-qadar sama dengan 1000 bulan berdasarka hadith Rasul S.A.W)

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)

Dan andaikan kita dapat jejak kaki di tanah haram. Satu amalan di tanah haram di gandakan dengan 100K pahala. Dan ketika disana, kita hanya lafazkan Basmallah ketika minum sekali sahaja. Maka, secara automatiknya, nilai harta kita sudah meningkat sebanyak RM19,000,000.

Diriwayatkan hadith dari Ismail bin Abi Khalid hadith dari Zadan berkata: ‘Jatuh sakit ibnu Abbas (r.a) suatu sakit yang bersangatan, maka memanggil dia akan anak-anaknya maka mengumpulkan mereka sekelian, maka berkata dia: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersadba: ‘Man hajja min makkata masyian hatta yarji’u ila makkata katabaallahu lahu bikulli hatwatin sab’a miati hasanatin mithla hasanatil-harami.’.' [Maksud: Barangsiapa haji dari Mekah ... sehingga keluar ke Mekah ditulis Allah (a.w) baginya dengan tiap-tiap kebaikan (amal makruf) (digandakan sebanyak) 700 kebaikan setiap kebaikan seumpama kebaikan al-Haram.’] Dikatakan (yakni, ditanya oleh) orang: ‘Apa dia kebaikan al-Haram?’ Berkata dia: ‘Bagi setiap kebaikan 100,000 kebaikan’.] [Hadith al-Hakim, di dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik]

Itu hanya kalimah Basmallah. Belum lagi dicampur dengan surah Al-Fatihah dan bacaan lain dalam solat. Juga belum ditambah dengan bacaan Basmallah sebelum makan atau memulakan sesuatu. Juga belum dicampur amalan ketika tadarrus, tilawah, etc...

Senangkan? Jom amalkan.

p/s: Jika ada kesalahan dari segi hadith yang disenaraikan, harap mendapat maklum balas untuk kemas kini. TQ

Cerita seorang insan

on Sunday, October 27, 2013
Sekadar perkongsian

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ 

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, 

ﻻ ﺇﻟـﮧ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠـَّـﮧ ﻣُـכـﻤَّــﺪْ ﺭَﺳُــﻮﻝُ ﺍﻟﻠـَّـﮧ



【ツ】 Selepas itu dia berkata,

ﻻ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺳُﺒْﺤﺎﻧَﻚَ ﺇِﻧّﻰ


ﻛُﻨْﺖُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻈَّﺎﻟِﻤﻴﻦَ 



【ツ】 Dia menambah sikit lagi,

ﺳُﺒْﺤﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩِ 


ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ 



【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yg sangat besar 


dari ALLAH SWT 


【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?



【ツ】 Orang itu adalah KAMU

A debate at Oxford University on ISLAM

on Thursday, July 18, 2013


Very astonishing, marvelous, superb and extravaganza talk by a Muslim.

Story of a lion and a man



Values of the story:
1. There is nothing we should fear off except Allah
2. When we put everything for Allah, and there is nothing that can affect us.
3. Khooshok @ 100% focus in Solah and you can gain anything :)

Ilaika - Imam as-Syafie Rahimahullah

on Sunday, January 6, 2013
Ilaika; sebuah syair menyayat hati oleh insan agung Imam Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf (Imam as-Syafie Rahimahullah). Syair ini menunjukkan kepada kita betapa tawaduknya Imam mulia ini.

Kupersembahkan (rintihan) kepada-Mu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunan-Mu
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
Kurniaan-Mu dan keampunan-Mu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
Semoga Yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut dan mengingati Rabbnya

Dan bila dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan kujaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat kujaga, aku rindu di saat kulelap, aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
(dipetik terus dari FB Ustaz Zahazan)

Popular Posts