
Di Pagi 30 Ramadhan
Ketika mereka bergembira
Kerana datangnya Syawal
Dunia pula seakan bersedih
Kerana perginya Ramadhan
Mentari terbit bagaikan kesah
Gelisah bergelora menderita di jiwa
Kerana esok sudah tiada
Ramadhan beredar seiring masa

Kau tutuplah kesilapan dan kekuranganku
Kau terimalah ibadah ku
Kau ampunilah dosa ku
Ya Allah, andai ada lagi Ramadhan untukku
Kau persiapkanlah diriku dari akhir Ramadhan ini
Agar Ramadhan yang akan ku tempuhi kelak
Dapat aku perbaiki dan tampungi.
Ya Allah...
0 comments:
Post a Comment