Doa Sebelum Belajar @ Doa before start your reading or learning

on Tuesday, November 2, 2010
I learn this doa' when I was small.. tought by my mom and my late grandfather. They said, read this doa' before you start your reading, learning, etc. InsyaAllah, everything will be easy for you. But you must 'YAQIN' and trust that ALLAH will help you.

Satu doa yang dipelajari ketika kecil. Di ajar oleh ibu tersayang dan arwah datuk. Ingin berkongsi bersama agar kita semua beroleh manfaatnya kerana ketika ini ramai yang yang lupa pada asas ini dan lebih pentingkan tuisyen dan penyediaan saat akhir (dah dekat nak exam baru sibuk buat solat hajat dan doa untuk anak). Padahal, kita diajar sejak awal lagi untuk berdoa sebelum belajar. Ini kita lupakan, yang lain kita pentingkan. Kukuhkan asas, InsyaAllah, yang lain akan menjadi mudah.

Doa:
 
Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham perbicaraanku.
 
 Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik).

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).

p/s: Doa ini hanyalah dari pengetahuan saya sahaja. Maknanya juga adalah dari pemahaman serta pencarian dari beberapa laman lain. Sekiranya ada kesilapan, harap dimaklumkan untuk pembetulan. Jika ada doa lain, harap di kongsi bersama.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts