Muhasabah di pagi isnin

on Monday, November 1, 2010
Isnin...
Satu hari yang perlu dilalui
Setiap minggu berulang kali
Selagi mana jantung terus berfungsi
Selagi mana roh belum bertolak pergi

Isnin...
Orang selalu cakap Blues Isnin Pagi
Kerna paginya itu ramai yang lesu lagi
Dua hari dua malam sebelumnya
Dihabiskan dengan segala aktiviti tertunda
Hingga lupa esoknya isnin menjelma

Isnin...
Aku juga alpa
Lena diulit mimpi tak seberapa
Tidak ku sedar azan sudah lama disuara
Imam sudah selesai membaca doa
Aku baru terbuka mata



Aku termanggu
Memikirkan nasib dan hala tujuku
Kemanakah arah haluanku
Dengan iman senipis bawang
Dengan halangan setinggi gunung
Aku masih lagi lupa
Alpa dalam mengingatiNYA
Sedangkan hanya DIA yang mampu
Meleraikan kekusutan hidupku
Memberi sinar baru...
Di Pagi ISNIN setiap minggu..




Hasil Nukilan: Haszeli

Gambar di ambil / Picture taken from:
1. http://www.melcrumblog.com/2008/04/monday-morning.html
2. http://www.nomad4ever.com/2007/04/09/monday-morning-blues-here-is-what-you-can-do/
3. http://ms.langitilahi.com/bukan-doa-kamu-yang-makbul-sebenarnya/

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts