Zikir dan Wirid Nabawi buat pendinding dari malapetaka

on Monday, March 23, 2020

(Zikr and wirid to protect from disaster and pandemic)

Dikongsikan zikir dan wirid Nabawi buat pendinding daripada malapetaka, InsyaAllah. (Diambil dari telegram Kempen Semak Hadis)

أذكار الكفاية ودفع الضرر

Zikir Menolak Bahaya


(Doa dan zikir daripada Al-Qur'an, Sunnah dan Atsar ketika ditimpa wabak dan bala serta perlindungan diri daripada penyakit) 

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha  Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Bahagian Pertama:
Zikir Mutlaq (Zikir Yang Tidak Terikat Dengan Masa, Tempat atau Keadaan Yang Tertentu)

Pertama:

لَّاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّی كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِینَ

Maksudnya: Sesungguhnya tiada Tuhan berhak disembah melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku terdiri daripada orang-orang yang menzalimi diri sendiri. 
[Al-Anbiya':87]

Kedua:

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ.  مِن شَرِّ مَا خَلَقَ.  وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ. وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِی ٱلۡعُقَدِ.  وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Rasulullah); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan;Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
[Al-Falaq:1- 5]

Ketiga:

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ. مَلِكِ ٱلنَّاسِ.  إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ.  مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ.  ٱلَّذِی یُوَسۡوِسُ فِی صُدُورِ ٱلنَّاسِ.  مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Rasulullah): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". [An-Nas:1- 6]

Keempat:

اللَّهُمَّ رَبَّنَا  آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.

Kelima:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.

Keenam:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بكَ مِن زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ.

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya kenikmatan yang Engkau kurniakan, daripada berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan,  daripada seksa-Mu yang datang secara mengejut , dan daripada segala kemurkaan-Mu. 

Ketujuh:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, maka janganlah serahkan aku kepada diriku  sendiri walaupun hanya sekelip mata. Perbaikilah keadaanku semuanya. Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau.

Kelapan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ 

Maksudnya: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Penyantun. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan bagi ‘Arasy Yang Agung. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan bagi  langit-langit dan Tuhan bagi bumi, Tuhan bagi Arasy Yang Mulia. 

Kesembilan:

اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا 

Maksudnya: Allah, Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menjadikan sesuatu pun sebagai sekutu bagi-Nya. 

Kesepuluh

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُك بِنُورِ وَجْهِك الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أَنْ تَجْعَلَنِي فِي حِرْزِك وَحِفْظِك وَجِوَارِك وَتَحْتَ كَنَفِك

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu, yang bersinar kerananya seluruh langit dan bumi, supaya engkau meletakkan aku di dalam perlindungan-Mu penjagaan-Mu, pemeliharaan-Mu, dan di bawah sisi-Mu.

Bahagian Kedua:

Zikir Muqayyad (Zikir Yang Terikat dengan Masa Tertentu)

Pertama

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰۤىِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَیۡنَ أَحَدࣲ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُوا۟ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَیۡكَ ٱلۡمَصِیرُ. لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَیۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَاۤ إِن نَّسِینَاۤ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَیۡنَاۤ إِصۡرࣰا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَاۤۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ 

Maksudnya: Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasul-Nya". Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali". Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau munghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[Al-Baqarah:285-286]

(Dibaca sekali setiap malam)

Kedua:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ  فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan untuk agamaku dan duniaku. Ya Allah, tutupilah aibku, dan tenteramkanlah ketakutanku. Ya Allah, peliharakanlah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.

(Dibaca sekali setiap pagi dan petang)

Ketiga:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

(Dibaca tiga kali setiap pagi dan petang)

Keempat:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah - kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Dia ciptakan. 

(Dibaca sekali setiap petang sahaja)

Susunan:
Asy-Syaikh Al-Musnid Dr. Soleh bin Abdullah bin Hamad Al-Ushoimi, 
Tenaga Pengajar Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi


Terjemahan:
Dr. Abdul Rahman bin Abdul Rahim. 
Ustaz Mohammad Zubair bin Mustafa.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts