“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).”
“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)”
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang
beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang
telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha
Tahu dan Bijaksana. (Surah al-Fath 48:4)”
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak
mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa,
hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah
bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.” (Ibnu Atoillah)
"Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh
apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan
kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika
engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku
lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: “Allah
telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia
lakukan,’ kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan
syaitan.” (Sabda Rasul S.A.W Hadis riwayat Muslim)
petikan diatas diambil dari laman sesawang http://genta-rasa.com/2011/11/07/rehatkan-hati/
0 comments:
Post a Comment