Jumaat

on Thursday, December 22, 2011


Jumaat - Penghulu Hari

Jumaat datang lagi
Setelah seminggu menyepi

Jumaat, kaulah penghulu segala hari
Kehebatanmu dirai
Saban minggu tanpa kecuali

Jumaat
Hari ini kami berhimpun
Memuji Allah penciptamu
Dengan ibadah solat dan khutbah yang meresap jiwa
Kami bersyukur akan kehadiranmu

Jumaat
Moga hari ini kami beroleh kejayaan
Moga hari ini kami beroleh keredhaan
Dari Allah penciptamu dan segala yang ada

Moga jumaat ini penuh bermanfaat
Dan Jumaat... moga akan ada lagi hari Jumaat

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts